Menteri jawab doktor merintih

Menteri jawab doktor merintih

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kes rintihan seorang doktor yang terlalu penat akibat menjalankan tugas panggilan aktif (on call) melebihi 24 jam tanpa henti jarang berlaku di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kes itu adalah terpencil dan ia mungkin terjadi di sesetengah hospital kerajaan yang kekurangan kakitangan perubatan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, setiap doktor yang diminta bertugas secara on calldiperuntukkan masa berehat dalam tempoh tugasannya.

"Sekiranya berasa terlalu penat, mereka dibenarkan untuk berehat.

"Selain itu, hospital kerajaan mempunyai prosedur di mana setiap doktor hanya perlu bertugas secara on call sekali atau maksimum dua kali dalam masa seminggu,'' jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia bagi mengulas rintihan seorang doktor yang mendakwa terlalu penat selepas menjalankan tugas on call selama 36 jam dan hanya dapat tidur selama sejam dua melalui ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini.

Tiong Lai menambah, doktor terbabit berhak untuk memohon berehat sehari selepas menjalankan tugasnya.

Oleh itu, katanya, tidak timbul masalah bagi mereka yang perlu bertugas secara on-call.

Dalam pada itu, katanya, doktor berkenaan berhak membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan aturan itu.

"Kerajaan atau pihak pengurusan hospital tidak berhak memaksa doktor bekerja melebihi masa yang sepatutnya.

"Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak puas hati dan berasa hak mereka dirampas, maka mereka boleh membuat aduan kepada kementerian," katanya.

Ditanya mengenai usaha kerajaan untuk meningkatkan bilangan doktor dalam menangani masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan, Tiong Lai berkata:

"Kami sedang berusaha mengambil lebih ramai doktor dari luar negara untuk berkhidmat di hospital kerajaan.

"Masalah kekurangan doktor ini bukan satu masalah yang dapat diselesaikan dalam masa singkat, tetapi kami yakin bahawa ia dapat diperbaiki dalam tahun ini," jelasnya.

This is causing furore among my friends. Well, soon I'd be joining them back in the hospital.

Fact:

  • on calls means working from 8am till 5 pm the next day
  • on calls are frequent...depending in which department you are in
  • average 6-8 on calls, but can be more than 10 on calls per month eg in O&G
  • WORKING MORE THAN 24 HOURS IS THE NORM
  • foreign doctors are not the solution (imagine non Malay speaking doctor)
I pray for my family.
I pray Arianna will continue to BF till at least 2 years old... 7 months to go.
I pray that DH will be able to calm LO in my absence.
I pray that PIL will have the strength to care for LO while my life gets busier.
I pray that LO will turn out okay.
I pray to God to give me strength and courage for the next 4 years.
Ya Allah may You bless my journey.


3 Response to "Menteri jawab doktor merintih"

  1. Unknown Says:

    Which hospital are you going to?

    When my sister was a houseman, memang mcm zombie sikit dia. She had a room at Selayang hospital, but she sometimes comes back to Kajang, about every other day (kalau takde on call) to sleep at my parents' house. So whenever she's back, she's always asleep..nak borak dgn dia pun susah. Not asleep in her bedroom..but falling asleep infront of the TV, just after dinner while all of us are sitting talking...

    But memang macam itu lah kan. She's also cheesed by new interns who for example "choose" not to do tagging etc. Basically the ones who complains about this and that. Mana ada kerja yg senang semua kan? I ni pun, ada jugak yg cakap "alaa u senang lahh..duduk rumah..". Little do they know that most of the time I'm struggling to finish up orders while finding time to layan the kids, figuring out their meals, sometimes double-checking my maid's work, layan husband etc...! Tapi kalau takde cabaran2 ni, takde excitement pulak hidup ni kan :P

  2. Hanz Jamaludin Says:

    Hang in there, Hanim. We'll be here to support you.

  3. Hanim Says:

    @Millie...ur sis sounds like me when I was a houseman hehehe. I think being SAHM/WAHM is even more tiring. But oncalls, that might top it (sleepless nights). I rather go to work :) Those who say being at home is easy..should be a SAHM for a while (without a maid) and see if they can manage it.

    @Hanz...thanks. I'm gonna need all the support. Susah rupanya nak balance motherhood and career.

    I'm going into UM Masters in Radiology. I'd be working in PPUM after this. My dream is coming true.

Post a Comment