high risk group and what to watch for

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
  6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut
  • Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
  • Batuk berdarah atau kahak berdarah
  • Sakit dada berterusan
  • Cirit-birit atau muntah yang kerap
  • Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  • Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  • Rasa pening apabila berdiri
  • Kurang kencing

2 Response to "high risk group and what to watch for"

  1. Ummi Hanie Says:

    Salam ,
    thanx a lot 4 diz info :)

  2. Hanim Says:

    No prob Ummi Hanie. Highlight yg penting..for our reference.

Post a Comment