On fidyah- taken from zakat.com.my


Fidyah

Cetak
PDF
BilGolonganFidyah
1.Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasaFidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinyaWajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari.

Pengiraan Fidyah (beras)

1 gantang baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.

0 Response to "On fidyah- taken from zakat.com.my"

Post a Comment