Golongan yang dikenakan fidyah
Bil | Golongan | Fidyah |
---|---|---|
1. | Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. | Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah. |
2. | Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya. |
3. | Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan: i. Kandungannya terjejas ii. Air susunya kering | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda. |
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya | Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah. |
Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.
1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.